Samada kami yang terlepas pandang atau memang sudah agak lama rasanya
tidak melihat kelibat Erin Malek dikaca televisyen. Pelakon yang bakal
mencecah umur 19 tahun ini dilihat kurang membintangi mana-mana filem
selepas kali terakhir berlakon untuk filem ‘Tentang Bulan’ dan juga
‘Congkak’.
Menerusi laman Instagram, Erin kelihatan ‘awesome’ apabila dia
memuat-naik sekeping gambar dirinya sedang melentur badan kebelakang dan
ia sekaligus menarik perhatian peminat yang rata-rata memuji
kebolehannya.
Kami sendiri masih berfikir, tak sakit ke badan dibengkokkan sebegitu?
Walau apa pun, Erin kelihatan lebih matang sekarang berbanding dahulu.
Untuk pengetahuan, Erin baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk
telemovie ‘Titis Kasih Ibu’.-OhBulan.com
No comments:
Post a Comment