PETALING JAYA: Ketika pelakon Trilogi Cinta, Siti Fazurina sedang
bergembira meraikan majlis resepsi perkahwinannya pada Sabtu (hari ini),
ibu kepada pelakon itu mendedahkan pernikahan anaknya lebih sebulan
lalu adalah tidak sah di sisi agama Islam.
Zubaidah Abu Bakar, 61, secara eksklusif memaklumkan kepada mStar
Online, pernikahan itu tidak sah kerana Fazurina, 30, telah memberi
maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau
Pinang bagi mendapatkan kebenaran berkahwin.
"Dia memberitahu kepada pejabat agama bahawa dia anak tunggal walhal dia
mempunyai dua adik lelaki seibu sebapa yang boleh menjadi wali
untuknya.
"Penipuan itu telah menyebabkan pihak mahkamah membenarkan dia bernikah dengan berwalikan bapa saudaranya.
"Fazurina juga telah menukar qariah asalnya iaitu Sungai Petani (Kedah)
kepada Ayer Hitam (Pulau Pinang) dan melangsungkan pernikahan dalam
tempoh kurang empat bulan bermastautin di situ," jelasnya ketika
dihubungi mStar Online pada petang Jumaat.
Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 31 dan Muhammad
Hykal Zulkifli, 32, melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai
Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa
saudaranya, Mohd Fahmi Bin Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan
ahli keluarganya yang lain.
Pasangan itu mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada Sabtu (hari ini) di Pearl Island Country Club, Bayan Lepas.
Pada 24 Disember lalu, Siti Fazurina bersama suaminya mengundang ibu dan
ahli keluarganya dalam satu sidang media di Pulau Pinang bagi
menjelaskan kontroversi yang berlaku.
Dalam majlis penuh drama itu, Siti Fazurina menangis teresak-esak sambil
memohon ampun kepada ibunya sebelum wanita itu ditarik oleh ahli
keluarga yang lain agar meninggalkan majlis berkenaan.
Dalam pada itu, Zubaidah memberitahu beliau telah merujuk perkara
tersebut ke pejabat agama yang sama baru-baru ini dan melantik seorang
peguam syarie untuk menyiasat kesahihan pernikahan itu yang tidak
mengikut syarak dan perlu dinikahkan semula.
Bagaimanapun katanya, Fazurina gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah
Batu Gantung, Pulau Pinang seperti diminta pada 6 Februari lalu dan
memberikan alasan tidak menerima sebarang notis mengenai arahan itu.
"Apabila peguam yang dilantik menelefonnya sendiri untuk menyuruhnya
hadir ke mahkamah kerana dia enggan berbuat demikian, dia menegaskan
perkahwinannya sah dengan alasan telah merujuk kepada seorang ustaz di
Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan alasan-alasan
tertentu,”
"Dia enggan tampil kerana menuduh keluarga ingin memisahkannya dengan
suami walhal kami ingin menikahkannya semula dengan cara yang betul dan
sah.
"Saya tidak mahu dia hidup dalam keadaan berzina jika pernikahan itu
tidak sah dan sebagai yang mengetahui kebenaran saya tidak mahu
bersubahat," katanya.
Sementara itu, Zubaidah berkata, pihak pejabat agama sedang berusaha untuk menemuinya bagi menyelesaikan kes itu.
"Surat tersebut pernah diserahkan kepada bapa saudara yang menjadi saksi
pernikahannya termasuklah keluarga mertuanya namun mereka enggan
menerima surat tersebut.
"Mungkin pihak pejabat agama akan ke majlis resepsinya untuk menyerahkan surat itu.
"Malah sijil asli pernikahannya masih tidak dikeluarkan kerana masalah
berkenaan," katanya yang kecewa dengan sikap ego pasangan itu selain
tidak menghormatinya sebagai ibu.
Read more: http://www.xlupa.com/2013/02/siti-fazurina-perlu-di-nikahkan.html#ixzz2KPChAhim
No comments:
Post a Comment