Saturday 9 February 2013

Gambar Comel Bayi Ning Baizura


Seperti yang korang sedia maklum, Ning Baizura telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pagi semalam (31 Januari 2013) selepas menjalani pembedahan selama hampir lima jam. Hasrat Ning Baizura untuk bersalin secara normal tidak kesampaian memandangkan kedudukan bayi yang tidak berada pada kedudukan atau laluan yang tepat. Jadi untuk langkah selamat, doktor telah melakukan pembedahan ke atas Ning Baizura. Bayi lelaki Ning diberi nama Ryan Sky Dalton. Untuk informasi korang, Ning Baizura dan suaminya, Omar Shariff Christopher Layton Dayton telah bernikah pada 31 Januari 2008 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
Satu perkara yang menarik tentang kelahiran Ryan Sky Dalton ialah tarikh kelahirannya. Jika pernikahan Ning Baizura dan suaminya Omar Shariff Christopher Layton Dayton berlangsung pada 31 Januari 2008, kelahiran bayi lelaki mereka pula juga lahir pada 31 Januari 2013. Yang membezakan ialah tahun kelahiran iaitu genap lima tahun selepas pernikahan mereka. Bertuah sungguh kelahiran bayi lelaki Ning. Tahniah.

Read more: http://www.xlupa.com/2013/02/gambar-comel-bayi-ning-baizura.html#ixzz2KPA2dTzR

No comments:

Post a Comment

stat