Monday 18 February 2013

Erin Malek Tunjuk Bakat Lentikkan Body


Samada kami yang terlepas pandang atau memang sudah agak lama rasanya tidak melihat kelibat Erin Malek dikaca televisyen. Pelakon yang bakal mencecah umur 19 tahun ini dilihat kurang membintangi mana-mana filem selepas kali terakhir berlakon untuk filem ‘Tentang Bulan’ dan juga ‘Congkak’.
Menerusi laman Instagram, Erin kelihatan ‘awesome’ apabila dia memuat-naik sekeping gambar dirinya sedang melentur badan kebelakang dan ia sekaligus menarik perhatian peminat yang rata-rata memuji kebolehannya.
Kami sendiri masih berfikir, tak sakit ke badan dibengkokkan sebegitu? Walau apa pun, Erin kelihatan lebih matang sekarang berbanding dahulu. Untuk pengetahuan, Erin baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk telemovie ‘Titis Kasih Ibu’.-OhBulan.com
 

Hak Saya Untuk Seksi – Siti Fazurina walau bertudung

fazurina




















Pelik juga  sebenarnya dengan Siti Fazurina ini. Bukan apa, semasa majlis pernikahannya dengan Mohamad Hykal Zulkifli, Fazurina nampak berseri bertudung litup. Tup-tup di majlis persandinganya, Fazurina mengenakan pakaian pengantin yang agak seksi dan menampakkan rambutnya.



Bercakap kepada portal GUA untuk menerangkan hal ini, Fazurina berkata yang dia memang sudah lama merancang untuk memakai turban di hari persandingannya. Kata Fazurina:-
Kalau boleh saya tak nak isu ini diperbesarkan. Memang saya pakai turban ketika itu dan saya dah rancang nak pakai turban dari awal lagi untuk majlis resepsi. Cuma di saat-saat akhir saya mengambil keputusan untuk menampakkan sebahagian ‘fringe’ saya. Mengenai baju pula, saya memang nak pakai baju itu dan kalau diikutkan, dari jauh baju itu memang tak nampak jarang.
fazurina
Menjelaskan lagi, Fazurina berkata yang dia melakukan apa yang dia sukai dan tidak mempedulikan kata-kata orang sekeliling.
Walau bagaimanapun, jika orang rasa saya salah, saya minta maaf. Namun, saya sendiri suka benda itu, jadi sebab itu saya buat. Apa yang penting, apa saja saya rasa suka dan buat saya rasa puas, saya akan buat. Saya tak ambil peduli dengan apa yang orang akan cakap. Saya buat tak tahu saja dan bagi saya, lebih baik kita jaga diri masing-masing.
fazurina
Bagi Fazurina, biarlah Allah sahaja yang menilai dirinya dan bukannya manusia. Fazurina berkata yang hak untuk tampil seksi adalah hak buat dirinya. Kata Fazurina:-
Saya agak rimas bila isu ini diperbesarkan. Jika ada pihak yang nak mencari kesalahan saya, saya tak kisah kerana bagi saya, kesilapan saya, Allah yang nilai, bukannya manusia. Jika saya nak seksi, itu hak saya
Hmmmmmm…. Jangan lepas ini hilang tudung sepenuhnya sudahlah.Benda dah lepas, jadikan pengajaran. Semoga perkahwinan Fazurina akan kekal abadi di bawah bimbingan suaminya. Sama-samalah kita doakan

Saturday 9 February 2013

Pengalaman Menakutkan Tukang Mandi Mayat




Hati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.

Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang ke bawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an tahun itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.

Walaupun demikian sekali, rupa mayat tersebut tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.

Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.“Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula,”pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juru urus jenazah wanita yang dipanggil untuk menguruskan satu jenazah lain.

“Insya-Allah,”jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.

Selepas menghantar juru urus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apabila tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.

“Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,” kata penggali kubur tersebut. “Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”

Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olah mayat itu ada dalam kereta untuk mengikuti saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.

Satu demi satu ayat suci saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah Al-Fatihah, ketiga-tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.

Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.

Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.

Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.

Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah, tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah jatuh sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.

Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sediakala.

Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah, gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.

Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.

Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak, wallahu’alam.

Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah Nabi yang hafaz Al-Quran, Rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.

“Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat Al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.”

Siti Fazurina Perlu Di Nikahkan Semula,Perkahwinan Tidak Sah-Emak


PETALING JAYA: Ketika pelakon Trilogi Cinta, Siti Fazurina sedang bergembira meraikan majlis resepsi perkahwinannya pada Sabtu (hari ini), ibu kepada pelakon itu mendedahkan pernikahan anaknya lebih sebulan lalu adalah tidak sah di sisi agama Islam.
Zubaidah Abu Bakar, 61, secara eksklusif memaklumkan kepada mStar Online, pernikahan itu tidak sah kerana Fazurina, 30, telah memberi maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang bagi mendapatkan kebenaran berkahwin.
"Dia memberitahu kepada pejabat agama bahawa dia anak tunggal walhal dia mempunyai dua adik lelaki seibu sebapa yang boleh menjadi wali untuknya.
"Penipuan itu telah menyebabkan pihak mahkamah membenarkan dia bernikah dengan berwalikan bapa saudaranya.
"Fazurina juga telah menukar qariah asalnya iaitu Sungai Petani (Kedah) kepada Ayer Hitam (Pulau Pinang) dan melangsungkan pernikahan dalam tempoh kurang empat bulan bermastautin di situ," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada petang Jumaat.
Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 31 dan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Bin Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.
Pasangan itu mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada Sabtu (hari ini) di Pearl Island Country Club, Bayan Lepas.
Pada 24 Disember lalu, Siti Fazurina bersama suaminya mengundang ibu dan ahli keluarganya dalam satu sidang media di Pulau Pinang bagi menjelaskan kontroversi yang berlaku.
Dalam majlis penuh drama itu, Siti Fazurina menangis teresak-esak sambil memohon ampun kepada ibunya sebelum wanita itu ditarik oleh ahli keluarga yang lain agar meninggalkan majlis berkenaan.
Dalam pada itu, Zubaidah memberitahu beliau telah merujuk perkara tersebut ke pejabat agama yang sama baru-baru ini dan melantik seorang peguam syarie untuk menyiasat kesahihan pernikahan itu yang tidak mengikut syarak dan perlu dinikahkan semula.
Bagaimanapun katanya, Fazurina gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Batu Gantung, Pulau Pinang seperti diminta pada 6 Februari lalu dan memberikan alasan tidak menerima sebarang notis mengenai arahan itu.
"Apabila peguam yang dilantik menelefonnya sendiri untuk menyuruhnya hadir ke mahkamah kerana dia enggan berbuat demikian, dia menegaskan perkahwinannya sah dengan alasan telah merujuk kepada seorang ustaz di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan alasan-alasan tertentu,”
"Dia enggan tampil kerana menuduh keluarga ingin memisahkannya dengan suami walhal kami ingin menikahkannya semula dengan cara yang betul dan sah.
"Saya tidak mahu dia hidup dalam keadaan berzina jika pernikahan itu tidak sah dan sebagai yang mengetahui kebenaran saya tidak mahu bersubahat," katanya.
Sementara itu, Zubaidah berkata, pihak pejabat agama sedang berusaha untuk menemuinya bagi menyelesaikan kes itu.
"Surat tersebut pernah diserahkan kepada bapa saudara yang menjadi saksi pernikahannya termasuklah keluarga mertuanya namun mereka enggan menerima surat tersebut.
"Mungkin pihak pejabat agama akan ke majlis resepsinya untuk menyerahkan surat itu.
"Malah sijil asli pernikahannya masih tidak dikeluarkan kerana masalah berkenaan," katanya yang kecewa dengan sikap ego pasangan itu selain tidak menghormatinya sebagai ibu.

Read more: http://www.xlupa.com/2013/02/siti-fazurina-perlu-di-nikahkan.html#ixzz2KPChAhim

Gambar Pengetua



Beberapa keping gambar aksi s3ks seorang pengetua sekolah menengah di China dari wilayah Guangxi yang dikenali sebagai Mo Peng tersebar di internet.

Foto-foto berkenaan memperlihatkan aksi Mo Peng memeluk pelajar perempuan yang juga dalam keadaan b0gel hingga menyebabkan masyarakat umum menjadi marah.

Individu yang memuat naik gambar tersebut menuduh Mo Peng menyalahgunakan kuasanya dengan mengambil kesempatan ke atas 18 orang pelajar perempuan serta menggelapkan wang hampir 4,960,000 RMB (RM 2.4 juta).
Biro aduan pendidikan tempatan telah mengumumkan Mo Peng telah dipecat dari jawatannya dan siasatan sedang dijalankan.

Gambar Comel Bayi Ning Baizura


Seperti yang korang sedia maklum, Ning Baizura telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pagi semalam (31 Januari 2013) selepas menjalani pembedahan selama hampir lima jam. Hasrat Ning Baizura untuk bersalin secara normal tidak kesampaian memandangkan kedudukan bayi yang tidak berada pada kedudukan atau laluan yang tepat. Jadi untuk langkah selamat, doktor telah melakukan pembedahan ke atas Ning Baizura. Bayi lelaki Ning diberi nama Ryan Sky Dalton. Untuk informasi korang, Ning Baizura dan suaminya, Omar Shariff Christopher Layton Dayton telah bernikah pada 31 Januari 2008 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
Satu perkara yang menarik tentang kelahiran Ryan Sky Dalton ialah tarikh kelahirannya. Jika pernikahan Ning Baizura dan suaminya Omar Shariff Christopher Layton Dayton berlangsung pada 31 Januari 2008, kelahiran bayi lelaki mereka pula juga lahir pada 31 Januari 2013. Yang membezakan ialah tahun kelahiran iaitu genap lima tahun selepas pernikahan mereka. Bertuah sungguh kelahiran bayi lelaki Ning. Tahniah.

Read more: http://www.xlupa.com/2013/02/gambar-comel-bayi-ning-baizura.html#ixzz2KPA2dTzR

Wednesday 30 January 2013

tidak masuk akal-Jimmy Shanley Jumpa Anak 2 Jam,



“Masa yang diberikan untuk berjumpa dengan anak sendiri selama dua jam adalah sangat tidak masuk akal”
Itulah yang diberitahu oleh Jimmy Shanley tatkala ditanya mengenai kisah kehidupan selepas perceraiannya sebelum ini.
Jimmy Shanley turut menambah masa yang diberikan di antara jam 3.30 petang hingga 5.45 petang adalah disebabkan kehadiran mak mentuanya, Datin Muniroh Kassim.
Menurut Jimmy Shanley yang kini bekerja sebagai pengarah dan perunding syarikat kali terakhir dia berjumpa anaknya, Zahra Rania yang kini berusia setahun lapan bulan adalah pada 23 Januari lalu di rumahnya, Putra Height, Subang Jaya.

Monday 28 January 2013

Hantu Jelmaan Keris Lama




Tempat = rumah sewa saya dipekan sabak
Masa = berlaku selama 4 hari lebih kuranglah
Ahli = saya
suspek hantu = khadam keris

sebelum saya memulakan cerita saya nie kemungkinan ramai dikalangan kita adalah terdiri pengumpul khazanah lama atau barangan antik yang terdiri dari tembikar lama keris pedang dan lain lain

tahukah anda barang barang ini disebalik mempunyai nilai antik yang amat tinggi barang barang ini tetapi tahukah anda barang antik ini adakalanya mempunyai sesuatu unsur unsur yang tidak baik

saya bukan melarang anda untuk memiliki benda antik sebagai hobi tetapi berhati hatilah ketika memilikinya kerana kita tidak mahu sesuatu yang kurang baik akan berlaku dibelakang hari

cerita nie bermula satu hari dirumah sewa saya

pada satu hari kenalan lama telah berjumpa dengan saya namanya disini saya sebut irfi sahaja

beliau nie memang antara kenalan lama saya dan amat rapat dengan saya maklumlah jumpa kawan lama sapa yang tak seronok betul tak

sambil kami bersembang kosong beliau tidak henti henti menjeling keris pusaka yang saya miliki yang saya letakkan didinding rumah sebagai perhiasan dan sebagai kemungkinan menghadapi ancaman

sampai satu ketika beliau bersuara

"syam dah lama kita tak jumpa kau nie berubah betullah"

saya bertanya

saya bertanya

"kat mana yang berubah tu"

beliau menjawab

"dalam diam diam kau nie dah jadi dukun keris yer"

saya tergelak lalu berkata dengannya

"dukun pebendalah kau nie takkan pasal sebilah keris pusaka nie kau kata aku dukun lak ada ada jelah kauni tu sebenarnya keris pusaka ayah aku memang aku simpan sebagai kenang kenangan dan sebagai menghadapi kemungkinan kot jadi apa apa yang tak diingini yelah bukan kita berharap tapi kot berlaku takkan kita nak lari kot boleh lari ok lah tapi kot tak kena hadap juga betultak"

beliau berkata sambil menyindir

"zaman sekarang orang mana main keris keris orang main pistol"

aku membalas sindirannya

"pistol kau adaker kot takat yang dalam seluarkau tu boleh ker harap nak buat berlawan cuba kau fikir kat dalam rumah kau ada apa untuk pertahankan diri kot jadi apa kau adaa pistol senapang atau bom?"

dia menjawab dengan nada selamba

"ada parang panjang yang selalu aku buat menebas kat kebun"

saya ketawa

"kah kah kah parang orang buat bekerja bukan buat bertempur cuba kau lihat sruktur parang dibuat untuk menebas rumput bukan menebas kepala orang sedangkan pedang memang digunakan untuk menebas kepala orang kot kau gunakan pedang untuk menebas memang silaplah kau akan cepat letih"

dia menjawab

"betul gakyer"

saya terus menasihatinya

"apalah salahnya kot kita beli satu satu senjata untuk pertahankan diri kot betul jadi emergency lain kot kita pegang parang dengna tangan kosong semata mata yang penting kita ada semnagat mesti berani dan benda mcm tu akan tambah keberanian kita"

dia diam sejenak lantas berkata

"mcm nilah syam sebenarnya sedara aku ada satu bilah keris tapi aku tak berani lah keris tu pelik sikit"

"naperlak" tanyaku

dia menjawab

"kat keris tu ada tulisan lailahaillah dan keris tu dah dipasung dek sami hindu kerana keganasannya"

saya berkata dengan dia

"ish kot ada tulisan lafaz mcm tu naper bawak kepada sami lak tu dah tak kena gayatu"

dia menjawab

"mcmni jelah apa kata aku bawak benda tu kerumah kau tapi aku tak janji benda tu bukan aku punya tapi sedara aku punya"

aku menjawab

"sukahati kaulah"

malam itu perbincangan tersebut telah mengakhiri perbualan kami beliau telah kembali kerumah nya

saya pun malas nak ambil pusing berkenaan perkara tersebut tapi saya lupa bahawa masaalah baru sahaja bermula yer masalah baru bermula rupanya

beberapa malam kemudian irfi telah datang semual kerumah saya

beliau telah membawa keris yang dimaksudkan oleh nya tempohari ternyata keris tersebut diikat kemas tidak berhulu tidak bersarung yang ada hanya kain hitam yang menutup sebilah keris bogel tanpa hulu dan sarung dengan selambanya saya membuka ikatan tersebut saya terlupa bahawa keris itu telah dipasung oleh sami hindu supaya khadam keris tersebut tidak membuat masalah tetapi apabila saya membuka ikatan tersebut ternyata jin yang telah terikat itu telah berjaya melepaskan ikatannya tapi saya tidak menyedarinya seperti saya kata sebelum ini masalah baru bermula

ketika saya membuka keris tersebut saya sangat takjub melihat seni ukiran keris tersebut

dikeris itu tertulis tulisan kawi kemudian ada ukiran payung satu manusia sedang berdiri dan ada dua manusia yang sedang bertapa dibawah pokok besi nya pula bergemerlapan kalau orang pandai keris gelar sabuk inten terus terang antara keris tercantik pernah saya lihat dalam hidup saya

yang sebenarnya tulisan lailahaillallah tu bukan nya tulisan tu tapi tulisan kawi yang saya pun tak pasti apa tulisannya

saya terus bertanya dengan irfi

"cantiknya keris nie apa namanya dan dari mana asalnya"

irfi cuba menyembunyikan sesusatu dari saya

"hehehehhe kau tekalah tu bukan kalimah lailahaillallah ker"

saya menjawab

"bukan ini tulisan kawi tapi aku tak pasti maknanya sebab aku bukan penah belajar tulisan dan bahasa sanskerta nie"

dia berkata kepada ku

"mcm ni lah kau peganglah dulu benda nie tapi jaga bebaik kami rasa malas nak pegang"

saya bertanya kehairanan

"naper?"

tanpa menjawab soalan saya dia dengan terburu buru telah minta izin untuk pulang kerumah dan meninggalkan saya dengan keris nya yer masalah baru benar benar bermula cuma saya yang tak tau

pada malam itu saya tidur seperti biasa sahaja

untuk pengetahuan didalam rumah tersebut saya tinggal bertiga bersama dua lagi penyewa lain iaitu sani dan ilyas kedua nya tingkatan 5 manakala saya pula tingkatan 6 atas

pada keesokan malamnya barulah saya menyedari semuanya baru bermula ceritanya bermula begini kebetulan kerana terlalu khusuy study salah sorang kawan kami iaitu ilyas telah lewat untuk menunaikan solat isyak selalunya dia nie masuk waktu terus solat tapi ntahlah malam tu dia study dulu sampai jam 11 malam baru pergi bilik air.jarak bilik air dari rumah kami adalah lebih kurang 5 meter maklumlah rumah kampung mcm tulah

pada mulanya dia turun untuk kebilik air dia terus naik mendapatkan saya dan berkata dengan wajah pucat

"bang mintak tolong teman bang"

saya memang tau dia nie penakut sikit dan saya tanpa banyak soal terus menemankan dia tapi saya tidak bertanya apa apa kepadanya selepas selesai solat dia sambung study balik manakala saya pun tidur sahaja

mulai hari itu setiap malam dia pasti akan minta salah sorang dari kami menemankan dia untuk kebilik air tapi kami berdua tak mengesyaki apa apa kerana kami tau dia nie jenis lemah semangat dan penakut sikit jadi sebagai kawan kami temankan lah cuma yang menghairankan sejak kebelakangan nie dia nie semakin penakut

sehinggalah malam selanjutnya sani meminta ilyas meneman kan dia kebilik air sedangkan waktu tu baru jam 10 malam wujud persoalan dibenak saya mengapa sani ni penakut mcm ilyas dah takkan penakut ilyas dah menjangkit kepada sani kot

tak boleh jadi nie saya terus mencapai keris yang kawan saya berikan pada saya dan saya tenung keris tersebut dan dalam pemikiran saya takkan punca dari besi buruk mcm nie boleh ubah manusia berani jadi penakut

kemudian saya meletakkan kembali keris keatas meja

pada malam esoknya selepas makan malam sani dan ilyas mengadap saya dan sani memulakan perbualan


"bang naper rumah kita nie dah jadi lain?"

saya bertanya kembali kepadanya walau saya dah mengesyaki sesuatu

"lain mcm ner tu"

dia menjawab dengan serba salah

"mcm nilah bang bila dah tiba waktu malam rumah nie betul betul menyeramkan"

"maksud kau"balas saya

sani menerangkan kepada saya

"mcmnilah saya minta maaf abang tau tak malam tuhari ilyas naik kerumah secara tiba tiba tu sebab dia ternampak seorang tua yang berselubung hitam dan berpakaian serba hitam sedang mennanti dia kat pintu bilik air"

saya cuba menyedapkan hatinya

"kau takkan tak tau ilyas nie kan penakut dah tentu dia melihat yang mcm mcm"

sani terus bertanya

"bagaimana dengan saya abang tautak malam tu saya kutuk ilyas lepas tu pukul 3 pagi saya bangun ingat nak buang air besar tengah sedap sedap tup tup dnegar suara orang tua lelaki mengekek saya ingat pakcik sebelah rumah bila saya keluar tengok apa yang ilyas nampak saya pun nampak juga langsung saya lari naik tak sempat basuh terus tidur"

saya tersenyum sambil berkata

"tak busuk ker"

dengan serius dia menjawab

"bang ini bukan masa nak bergurau tapi ini lah yang kami nampak"

beliau berkata lagi

"abang tautak semenjak keris nie ada kat rumah nie tiap siang kami rasa mcm pelik rumah nie rasa mcm pelik betul mcm abang sendiri pun tiap malam abang mengigau apa yang abang igaukan bila dah ngigau mcm nak bertumbuk pulak tu jerit jerit lepaskn aku lepaskan aku pehal pulak tu"

untuk menengkan perasaan mereka saya berkata

"itu permainan tidur jerkot"

ilyas yang mendiamkan diri berkata

"bang mungkin sebab keris nie kot ..........."

belum habis dia berkata saya memotong perkataannya dnegan nada yang agak keras

"sani ilyas kau tau tak keris nie hanya sebilah besi nak angkat diri pun tak larat mana mungkin dia boleh melakukan yang mcm mcm"

walupun diwaktu itu saya benar benar merasa tak sedap hati tapi saya pendamkan itu semua dalam hati saya tapi terus terang saya katakan diwaktu itu saya sendiri sudah mengesyaki sesuatu yang tak kena dengan keris itu

ilyas bertanya pada saya

"bang sebenarnya apa abng ngigaukan"

dengan tenang seperti cuba menyembunyikan sesuatu saya berkata

"ntahlah takder pape pulak ntahlah mungkin permainan tidur kot"

sani bertegas dengan saya

"bang kami bukan tak faham kegemaran abang terhadap barang mcm nie tapi janganlah sampai berlaku sesuatu yang buruk malam esok kami nak balik kampung sebab esok hari periksa akhir kami jumaat kami nak tuang kelas jadi kami harap takder berlaku apa apa pada abang"

sambil bergurau beliau berkata

"jangan pula bila kami balik abang dah jadi arwah"

sambil ketawa saya berkata

"apa apa lah korang nie"

perbualan malam itu terhenti setakat itu sahaja dan masing masing tidur utnuk menghadapi hari esok

pada keesokan siang nya saya terfikir kata kata kawan saya tersebut dan saya telah mengambil keputusan untuk menghubungi rakan saya tapi yelah pada masa tu bukan macam sekarang tel bimbit dah ada nak bagi tau kena melalui orang lain maka saya pun telah menyampaikan pesan kepada irfi untuk berjumpa dengan saya


pada malam nya saya keseorangan didalam rumah apabila masuk waktu isyak saya saya terus solat isyak kemudian saya berbaring ditempat tidur ntah mengapa malam itu saya terasa amat amat letih dan mengantuk walhal disiangnya aktiviti saya adalah seperti biasa

dalam masa 5 minit saya meletakkan kepala saya ditempat tidur saya tertidur dan dalam tidur itu saya telah bermimpi

seorang tua yang seperti dikatakan oleh dua orang teman saya telah menghampiri saya dan membuka selubungnya dari raut wajahnya kelihatan ia terlalu marah dnegan saya lantas menumbuk dada saya dan saya telah tersungkur kebelakang saya telah bangun dan melarikan diri kemudian orang orang tua itu telah menyuruh beberapa pengikutnya untuk menangkap saya

saya terus berlari dan mereka terus mengejar saya malangnya ketika saya berlari saya telah terjatuh mereka terus menerkam saya dan menagkap saya

kemudian situa itu menghampiri saya lantas berkata

"sekarang kemana kau nak lari"

dalam situasi yang amat gawat tu saya cuba meronta ronta melepaskan diri tapi hampa kerana pegangan mereka semakin erat

dalam situasi yang amat runcing itu dihati saya tersebut kalimah

"allah"

serta merta kesemua yang memegang saya itu terpelanting dari tubuh saya dan menghilangkan diri keberanian sy timbul saya bangun dan berkata kepada situa itu

"sekarang giliran kau pula kemana kau nak lari"

situa itu tersenyum dan memakai kembali selubungnya dan terus hilang

saya terjaga dari tidur apa yang menghairankan waktu tu dah jam 8 pagi hari jumaat

saya terus qada solat subuh yang tertinggal dan bergegas kesekolah hehehehehe masuk sekolah jam 745 pagi waktu tu saya sampai dekat jam 830 memang lewatlah

semasa disekolah saya terfikir mimpi saya tersebut saya heran saya merasa tidur hanya sebentar tapi mengapa bangun terlalu lewat sedangkan hari lain sepatutnya belum subuh dah gerak

sedang memikirkan dada saya terasa sakit dan saya meraba dada saya itu saya telah kebilik air dibilik air saya menatap cermin dan membuka butang baju kelihatan dada saya seperti ada tanda merah seolah olah telah ditumbuk

saya cemas berbagai bagai persoalan bermain dibenak saya

pada petangnya irfi telah datang kerumah saya saya telah menceritakan semua yang berlaku kepadanya dan saya telah mengajak dia kerumah seorang tua yang pandai berkaitan besi tua seperti ini beliau bersetuju


petang itu kami bertolak kerumah orang tua apabila menyedari kehadiran kami orang tua itu menyuruh kami naik kerumah sewaktu kami ditangga orang tua itu yang pada mulanya mengajak kami naik terus menjerit

"nanti dulu korang bawa apa kerumah akunie"

saya dan irfi terkejut dan menjawab

"takder apa apa lah wak"

orang tua itu berkata lagi

"korang jangan tipu aku pergi kehalaman rumah cepat"

kami tanpa banyak soal terus turun dari tangga pergi kehalaman rumah diikuti orang tua itu

"sekarang korang keluarkan barang tu"

arah orang tua tersebut

tanpa banyak soal kami keluarkan barang tersebut orang tua tersebut terus mengambil keris yang berbalut kain hitam itu dan membukanya sebaik sahaja melihat keris tersebut beliau dengan wajah cemas berkata

"benda mcm nie yang korang buat main buat apa"

lantas beliau mengajak kami naik kerumahnya diatas rumahnya beliau bertanya kepada kami berdua

"sekarang lebih baik korang berkata jujur dengan wak mana korang dapat benda nie"

dengan nada bergurau saya bertanya

"mana waktau kami ada bawa barang mcm nie wak nie pandai mendrem yer"

orang tua tersebut degan nada marah berkata

"jawab soalan saya dulu"

saya terdiam belum pernah saya lihat wak seserius ini dengan saya tapi mengapa?

saya pun menceritakan keseluruhan apa yang saya alami

selepas apa yang saya wak terus menghampiri saya dan melihat kesan merah didada saya dan bertanya

"kau ada apa apa amalan dalam hidup kau"

saya menjawab secara jujur

"paling habis pun lepas maghrib saya akan baca yasin selain tu saya nie ahli thariqat naqsyabandiah saya memang diarahkan untuk mengamalkan zikrullah sehari semalam 5000kali tujelah amalan saya"

dengan wajah tenang wak berkata dengan saya

"alhamdulillah berkat zikrullah yang kau amalkan kau terselamat dari mudharat yang hendak dibuat oleh jin begitulah kita ketika senang kita ingatlah tuhan sebab ketika susah tuhan akan ingat kita pula bersyukurlah kau dngan tuhan kerana tuhan melindungi kau dengan berkat kalimah nya yang mulia pasal lebam tu jangan risau kau sapu jer minyak angin insyaallah eloklah nanti"

"sekarang kau pula cerita kan dari mana asal barang nie"soal beliau kepada irfi

irfi menjawab dengan serba salah dan ketakutan

"sebenarnya wak benda nie pakcik saya punya sebelumni pakcik saya telah memuja benda nie untuk tunggal kekayaan sekarang nie pakcik saya tu sakit tenat tubuh nya dah jadi kurus kering hanya tinggal kulit dengan tulang jer tapi yang heran makan punyalah kuat lepas kejadian tu anak dia dah bawa keris nie kepada sami hindu untuk dipasung supaya tidak membuat masalah"

banyak lagi penjelasan irfi kepada wak

dengan nada marah saya bertanya pada irfi

"naper kau tak cakap awal awal dengan aku"

irfi dengan nada bersalah berkata

"aku tak sangka perkara nie boleh jadi seseriusnie........."

wak terus mencelah

"sudahlah jangan korang nak bertekak pula itu lah akibatnya jika kita memuja selain allah dan itulah pengakhiran mereka yang memegang benda nie mati kurus kering darah dan daging nya akan dimakan oleh jin ini lain kali tinggakanlah perkara syirik yang memuja benda benda mcm nie kot nak pegang pun pegang lah tapi janganlah puja puja dan buat kerja syirik"

banyak lagi yang dikhutbahkan oleh wak kepada kami dipetang itu

selepas wak selesai khutbahnya wak berkata pada kami berdua

"kau cuba pegang besi kerisnie dan rasakan apa rasanya"

"agak hangat lah wak tak mcm biasa"kata kami berdua

wak terus berkata kepada kami

"kali pertama kau buka pasung dia takkan kau tak perasan besi keris nie pelik"

saya terdiam

wak terus memberikan cadangan

"mcm nilah kau tinggalkan dulu bendanie kat sini wak nak tengok tapi pastikan dalam masa 3 hari datang balik kesini kalau tak jangan tanya kemana besi ini pergi"

kami berdua berbincang dan bersetuju dnegan cadangan wak

kemudian irfi bertanya pada wak

"sebenarnya apa yang wak tau berkenaan keris nie"

dengan muka yang muram wak berkata dnegan kami

"sebenarnya nama keris ini adalah sumiyang setan sewer ada sebahagian tempat menggelarnya sumiyang jumbei dan ada separuh gelar sumiyang siwo"

wak menyambung

"keris nie telah dibuat oleh seorang empu yang bernama ki supo zaman dahulu yang ini pada mulanya ia membuat sebilah kemudian ia membuat lagi 7 bilah dan kemudian ia buat lagi 21 bilah dalam dunia ada sebanyak itu sahaja keris ini"

wak meneruskan penerangannya

"dizaman dahulu sebelum agama islam sampai tanah jawa keris ini menjadi keris para penguasa wilayah dimana diamanahkan seorang dukun khusus untuk menjaga keperluan jin keris ini kita zaman sekarang tak sanggup untuk menjaganya"

"pengakhiran pemegang keris itu adalah sepertimana pakcik kau yang kau lihat"

wak terus berkata

"pak kiai wak pernah berkata berhati hati dengna keris ini kerana sangat keras jin penjaganya "

"dalam hidup wak tak sangka wak akan bertemu dengan dia"

"ntahlah "keluh wak dengan kami

petang itu kami balik kerumah masing masing dan berjanji untuk berjumpa dengan nya dua hari kemudian


dua hari kemudian pada waktu yang sama kami berjumpa dengan wak dengan muka yang pucat wak berkata dengan kami

"wak bagi pilihan kat kau samada kau nak ambil balik keris nie atau aku nak ancak jer keris nie kelaut"

kami kehairanan dan irfi bertanya

"ish apa yang tak kena nie wak"

wak terus bercerita setiap malam selepas keris itu berada dirumah itu anak anak nya akan terserempak dengan apa yang telah kawan serumah saya jumpa dan seringkali rumahnya diganggu dengan bunyi situa yang ketawa mengekek

meremang bulu roma kami mendengar penjelasannya saya dan irfi berbincang dan kami sepakat untuk mengancak keris tersebut

selepas kami memberikan persetujuan dengan wak kami minta izin untuk mengikut dia dalam membuat upacara mengancak keris itu pada mulanya beliau kelihatan keberatan namun selepas kami memujuknya beliau bersetuju pada petang itu wak telah mencari bahan bahan untuk upacara mengancak keris antara yang masih saya ingat

7 jenis bunga bertih dan upih mayang yang belum kembang

malam itu ditengah malam saya irfi dan wak telah ketepi laut untuk upacara mengancak keris atau membuang keris

wak telah membaca mentera yang tidak jelas bunyinya lalu meletakkan keris itu di atas upih yang dibelah dan dihadapan keris itu diletakkan bunga dibelakangnya pula diletakkan bertih

selepas itu wak terus melayarkan upih itu kedalam air kemudian wak berkata

"dari mana engkau datang kembali lah kau ketempat asal dengan izin allah mulai sekarang janji kau dengan manusia telah tamat kita tak berhutang apa apa lagi dunia ahkirat"

kemudian kami terus meniggalkan tempat tersebut sewaktu kami hendak meninggalkan keris tersebut kami bertiga mendengar suara orang tua mengekek meremang bulu roma kami kalau tak sebab saya dengan wak memang saya lari lintang pukang biaq pilah dengan irfi tapi waktu tu pasal dengan wak saya tahan hensemlah kononnya

wak seperti tau apa yang tersirat dihati kami tapi beliau memang dah berpesan supaya ketika meninggalkan upacara mengancak jangan toleh belakang kalau tak jin keris itu akan berpatah balik dan mengikut sapa yang menoleh kebelakang

semakin jauh kami meninggalkan tempat upacara mengancak semakin jauh suara orang tua yang sedang gelak mengekek dan lama kelamaan suara tersebut hilang bersama keris sumiyang setan sewer..............................

heheheheh harap anda boleh memetik pengajaran dari kisah ini

ingatlah tuhan sebanyak mungkin dalam hidup kita ini kerana ketika kita sennag kita ingat tuhan dan ketika kita susah pertolongan tuhan pasti bersama kita tidak mesti anda perlu untuk menjadi ahli thariqat untuk ingat tuhan memadalah banyak membaca al quran banyak bertasbih bertahlil dan banyak amal solat sunat sebagai satu cara juga untuk mengingat tuhan

dalam hidup saya sendiri banyak kali hampir hampir maut dijalanraya tapi ketika terkejut selalunya saya akan ucap allah atau allah hu akbar alhamdulillah sampai sekarang hidup lagi

begitu juga banyak kes mereka yang selamat dari kemalangan bila saya tanya mereka akan sebut nama tuhan yang mulia lihatlah dengan hanya menyebut sekali nama tuhan sahaja keberkatan telah tiba apalagi kalau kita mengamalkan setiap hari insyaalllah selamat dunia akhirat

sebab tulah kot nak naik kenderaan jangan lupa baca bismillah sebagai satu amalan insyaallah selamat lagi baik baca doa naik kenderaan

cubalah fikir dalam hidup kita berapa banyak nikmat tuhan yang kita guna bukan tuhan minta bayar pun cuma ingatlah dia sebagai pemberi nikmat susah sangat ker

jawapannya memang sukar kalau tak masakan allah berfirman sangat sedikit hambaku yang bersyukur

sebagai contoh ketika lepas makan kita merasa kenyang ingatlah bukan makanan yang kenyangkan kita tapi tuhan yang kenyangkan kita makanan tu cuma jadi sebab jer dan kot nak kenyang tuhan dah tentukan dengna cara makan itu kehendaknya janganlah kita terpedaya dengan memandang sebab melupakan nisbah

sebaliknya ingatlah nisbah dan bersyukur kerana dialah yang maha memberi nikmat kepada kita bukankah berfikir sesaat lebih baik dari ibadat seribu tahun

selain itu juga jangan sekali kali memuja makhluk halus kerana jika kita memuja mereka tuhan akan menyerahkan nasib kita kepada mereka fikirkanlah nasib kita bagaimana ditangan jin yang jahat

ada forumer yang tanya saya tentang pembunuhan yang dilakukan oleh hantu memang wujud tapi dalam bentuk secara tak langsung seperti contoh dalam kes ini atau dalam kes mereka mewujudkan diri seperti sesuatu dijalan kemudian pemandu terkejut dan beralih arah kenderaan mereka mungkin kejurang atau kemana mana sahaja itu lah bentuknya senang cakap mereka melakukan secara tak langsung jer

sebenarnya saya nie cuma nasihat diri saya dan jika ada yang sudi atau nak berkongsi nasihat saya nie saya alu alukan

Sunday 27 January 2013

Pesta D@d@h Artis — Irwansyah Antara Yang Kena Tahan Di Rumah Raffi Ahmad

Ini mungkin kisah terbesar di Indonesia hari ini. Seramai 17 orang termasuk empat orang selebriti ternama telah di’tahan pihak berkuasa dalam satu pesta dadah di Jakarta.

Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia menyerbu rumah Raffi Ahmad di Lebak Bulus, Jakarta Selatan pada waktu Subuh Ahad tadi selepas mendapat maklumat orang ramai.
Selain Raffi Ahmad selebriti lain yang turut di’tahan dalam pesta dadah itu adalah Irwansyah serta isterinya Zaskia Sungkar & juga Wanda Hamidah.

Laporan terbaru menyebut yang lima orang daripada 17 orang yang terlibat di’dapati positif dadah jenis ganja & MDMA (Ecstasy).
“Anggota kami sudah lama memerhari sekelompok artis yang melakukan pesta narkoba (dadah_. Kita sudah dalami selama 3 bulan akhirnya Subuh tadi anggota kami melakukan penangkapan dan penggeledahan salah satu artis — Raffi Ahmad,” ujar Deputi Penindakan BNN, Benny Mamoto.

Nazmi Faiz Dakwa Bekas Kekasih & Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit?

Gossip ahli sukan negara, memang terasa seperti berada di Hollywood. Heh. Kali ini sekali lagi Nazmi Faiz membuat satu kenyataan kontroversi menerusi laman Twitter beliau.
Sebelum ini Nazmi Faiz ada mengeluarkan kenyataan di Twitter menuduh bekas kekasihnya, Tengku Fiella sebagai seorang yang kaki kikis & penipu — tetapi kemudian mendakwa akaun Twitter beliau di’ceroboh.

Awal pagi Isnin, sekali lagi Nazmi Faiz tampil dengan beberapa siri Twitter yang turut mengaitkan suami Rita Rudaini yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan dalam isu Tengku Fiella ini.
“She is (in?) relationship with Aidil Zafuan. This guy give her 1k for shopping in JB and they stay together,” tulis Nazmi Faiz sekitar 4.25 pagi tadi.

Selain mengulangi kenyataan yang mereka sudah tidak bergelar pasangan kekasih lagi, Nazmi Faiz juga mendakwa yang Tengku Fiella tinggal bersama Aidil Zafuan di Johor Bahru untuk beberapa minggu.
Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun di’padam — satu lagi kes akaun di’ceroboh? Apakah sebenarnya yang berlaku antara mereka bertiga ketika ini?

Wednesday 14 November 2012

Tomok sudah Botakkan Kepala pula sekarang dan gambar baby dia



KUALA LUMPUR – Tekaan ramai pihak mengatakan penyanyi lelaki, Shah Indrawan atau Tomok membotakkan kepalanya adalah untuk bernazar atau terlibat dengan sesuatu projek seni adalah salah sama sekali.

Baru-baru ini, Tomok tampil dengan kepala yang botak dalam satu persembahan iaitu Muzik-Muzik Separuh Akhir dengan mendendangkan lagu ‘Aku Datang’.

Ada juga pihak mengatakan Tomok melakukan kejutan ‘botak’ itu kerana melakukan persembahan dalam pertandingan tersebut.

Namun, Tomok memberitahu sendiri dia mahukan kelainan dalam penampilannya serta berbeza dari sebelum ini.
“Saya botakkan kepala bukan sebab apa-apa pun.
“Saja hendak tampil lain sedikit. Bukan sebab hendak buat persembahan pada malam ini (Muzik-Muzik Separuh Akhir). Jauh sekali hendak mencuri perhatian sesiapa,” kata Tomok yang dipetik dari portal

Berjaya mendendangkan lagunya sendiri, ‘Aku Datang’ dalam pertandingan Muzik-muzik Separuh Akhir yang juga merupakan lagu tema untuk filem ‘Istanbul Aku Datang’ memberikan rasa kepuasan buat diri Tomok.
Walaupun tidak berjaya ke pusingan pertama pertandingan itu, Tomok merasakan belum ada rezeki lagi lagu ciptaannya sendiri itu bertanding dengan lagu-lagu yang dikira juga terlalu hebat.
Malah, Tomok jujur mengakui dia tidak kecewa dengan keputusan juri profesional dan pecaya rezekinya akan muncul di masa akan datang

“Saya tidak terkilan atau kecewa. Sebaliknya saya berpuas hati dan gembira kerana dapat buat yang terbaik untuk peminat yang memberi sokongan. Keputusan juri profesional saya tidak mahu pertikaikan.
“Anggap sahaja tahun ini saya tidak ada rezeki untuk melangkah ke Anugerah Juara Lagu (AJL). Tahun depan dan tahun-tahun berikutnya saya masih boleh mencuba. Saya tidak akan berputus asa hanya kerana gagal pada tahun ini,” katanya.

Lagu ‘Aku Datang’ adalah lagu ciptaan Tomok sendiri untuk filem Istanbul Aku Datang yang juga dibintangi oleh Tomok.

Turut bergandingannya dalam filem itu ialah Lisa Surihani dan Beto Kusyairi

Tuesday 13 November 2012

Gambar Anak Menteri Dengan Awek-Awek Hot



gambar anak menteri dengan awek-awek
Well, if you are rich, anything can happen. Money is the source to get you beautiful, fair and hot young woman in Malaysia nowadays.

Plus if you are a ministry son, it will get so much easier. Hot chicks will follow you wherever you go even though you are not so good looking.

Even though this gambar anak menteri dengan awek-awek is not an artis, I believe these pictures merit a place here. This is what money can do. Bring you everything you want, fame, women and whatever you wished for.

Please don’t follow this fellow action. You know you can do better than him if you have the same amount of money he’s having.,source BN

Monday 12 November 2012

4 gambar Konsert Siti Nurhaliza Live In Kuantan


4 gambar Konsert Siti Nurhaliza Live In Kuantan

khabarnya era fazira sudah pun bercerai bulan 10 hari tu



Nampaknya desas desus tidak enak tentang rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran kembali ke status yang meragukan walaupun cuba dineutralkan sebelum ini.

Kenyataan Engku Emran yang mengatakan hubungan mereka suami isteri masih kekal utuh nyata tidak dapat membantu meredakan spekulasi yang wujud hampir setahun ini.

Murai semalam melaporkan yang Erra Fazira memberikan satu kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan yang seakan redha dengan apa pun yang terjadi selepas ini.

¡°Apapun, sama ada jalan seorang ke ¡®kanan¡¯ dan seorang lagi ke ¡®kiri¡¯ yang kami pilih nanti, saya redha. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami,¡± ujar Erra Fazira.

Engku Emran yang dihubungi wartawan Murai untuk mengulas kenyataan isterinya itu bagaimana pun enggan untuk berikan apa apa komen & kenyataan lanjut.

¡°Cukuplah dengan kenyataan yang telah saya berikan sebelum ini. Saya minta maaf, saya tidak mahu mengulas lanjut lagi. Saya tak mahu memberi sebarang kenyataan lagi kerana bimbang isu ini akan terus merebak,¡± ujar Engku Emran ringkas.

Sunday 11 November 2012

Gambar Tunang Anne Ngasri, Mohd Sumali Reduan


Gambar Tunang Anne Ngasri, Mohd Sumali Reduan

 
Tahniah kepada Anne Ngasri kerana selamat menjadi tunangan kepada Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Sumali Reduan hari ini. 
Dikhabarkan ahli politik berstatus duda menjadi pilihanya kali ini selepas gagal dalam percintaan bersama dengan penyanyi remaja dari Singapura iaitu Aliff Aziz. Gambar tunang Anne Ngasri ini dikirimkan kepada kami melalui email.

Pengirim sekadar mengirim email bergambar dengan tajuk ‘Gambar Anne Ngasri bertunang’ dan tidak memberikan butiran lanjut tentang majlis tersebut. Khabarnya majlis akad nikah akan diadakan pada bulan Disember depan.


Friday 9 November 2012

Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2012


  Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2012


Ketika ini sedang berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2012 yang sudah masuk tahun ke 14. Untuk tema tahun ini, pihak pengajur telah mengangkat Selami Dunia Fantasi Kami (Fairytale).

Seperti tahun tahun sebelum ini, Anugerah Skrin 2012 mengiktiraf kepada penggiat dan karyawan dunia seni tanah air yang terlibat dalam penerbitan drama, telefilem & filem sepanjang tahun.
Ah tulis banyak banyak bukan kalian semua baca, berikut adalah senarai pemenang untuk 25 kategori yang di’pertandingkan dalam Anugerah Skrin 2012.


 
 
1. Lakon Layar Terbaik – Bunohan
2. Lakon TV Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda
3. Videography Terbaik – Aku Ingin Terbang
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Berita TV9 Bom Jangka
5. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah
6. Drama Komedi Terbaik -Elly & Apit
7. Artis Harapan Pantene – Puteri Balqis
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella Labour Day Special
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – ABPBH25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem- Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem- Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Dokumentari dan Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi
17. Rancangan Muzikal Terbaik – AJL26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem - Songlap
21.Pengarah Terbaik Drama – Khabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22.Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
24. Anugerah Filem Terbaik – Bunohan
25. Anugerah Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda

(8 GAMBAR)Rita Rudaini Di Malam Anugerah Skrin 2012

rita rudaini ask2012

Salah seorang selebriti yang mencuri tumpuan sepanjang Anugerah Skrin 2012 ialah Rita Rudaini. Gandingannya bersama Adi Putra ternyata membuatkan penonton menjerit keterujaan. Memang mereka berdua ada aura yang tersendiri.


rita rudaini ask2012

Kehadiran Adi Putra dan Rita Rudaini ternyata menyelamatkan malam Anugerah Skrin 2012 yang hambar dengan dialog yang terlalumeleret. Ini bukan pendapat  seorang tetapi ribuan penonton yang meluahkan isi hati mereka menerusi Facebook dan Twitter.


rita rudaini ask2012

Sememangnya konsep yang ingin dibawa untuk ASK2012 amat menarik tetapi mungkin pihak penganjur boleh memberikan tumpuan kepada kelancaran majlis. Kadang-kadang Abang Nara terasa macam menonton teater pulak. Lagi 6 keping gambar Rita Rudaini di ASK2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

rita rudaini ask2012
rita rudaini ask2012
rita rudaini ask2012
rita rudaini ask2012

rita rudaini ask2012

Gambar Neelofa, Izara Aishah,rozita che wan, Hanez suraya di Anugerah Skrin 2012

Gambar Neelofa, Izara Aishah,rozita che wan, Hanez suraya di Anugerah Skrin 2012

stat